Wednesday, April 21

*AKU SANGAT SUKA*



aku suke study.......

aku suke jadual exam aku sem nih.......(3 paper dalm masa 2 ari...yg terdekat nih la..)

aku suke ble blaja dalm stress.....

aku suke ade assignment tgah2 final nih....(anta b4 paper final subject tue)

aku suke uitm...(HEA...trimas krane kasik jadual exam cam nih)


aku sangat sangat suke keadaan aku camni.......

aku suke xde soklan spot lansung.....

aku suke.......


aku suke kalo sume keadaan kat ats ni cume mimpi...

MALANGNYER......SUNGGUH MALANG.... ni sume REALITI.....


DAMN...

Friday, April 16

alasan nak balik awal...



Kalu Pasal Sembahyang, Boleh Pulang Awal.....!
Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari
nie..
Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer!
Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang
mintak balik awal..

Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai?
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak?
Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: A'kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer pulang
awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat kerja..


Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu
nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee

Wednesday, April 14

*why????*



"Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."

Jawapannya kerana :

kerana kalau kawin satu isONE

kalau kawin dua isTWO

kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

fikir2kan dan selamat berAMAL......

Monday, April 12

*pahang*



Nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

sahabat 1 :“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”

sahabat 2 :'Hamba pula cadangkan Margapura.”

sahabat 1 :"Karma Sari lebih molek.”

sahabat 2 :Molek lagi Margapura.”

sahabat 1 :Pilihlah Karma Sari!”

sahabat 2 :Margapura!”

sahabat 1 :Karma Sari!”

sahabat 2 :Margapura!”

sahabat 1 :Karma Sari molek!”

sahabat 2 :Molek lagi Margapura!”

sahabat 1 :Tengkorak hang!”

sahabat 2 :Opah hang!”

sahabat 1 :Opah hang la!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

Saturday, April 10

*tiada kaitan dengan kawan saya*



seorang wanita menaiki bas sambil mendukung bayinya. Tiba - tiba pemandu bas menegur : "Inilah pertama kali saya melihat bayi paling hodoh dalam hidup saya." Marah dengan sindiran tersebut, wanita itu mencampakkan duit tambang lalu beredar dengan muka masam mencuka. Seorang lelaki yang duduk bersebelahan Menyedari wanita itu diganggu lalu bertanya :

"Apa yang dah berlaku ?".

"Pemandu bas itu menghina saya !" balas wanita berkenaan.

Lelaki itu kelihatan bersimpati.:" Dia tidak patut cakap bergitu

kepada penumpang, lebih-lebih lagi seorang wanita beranak kecil." Katanya.

"Betul kata awak tu, saya patut mengajarnya, "Balas wanita itu.

"Idea yang baik, pergilah …., biar saya dukung anak monyet awak tu !"

Kata lelaki tersebut.


pss; jgn terasa ati ye 'kwan2'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mereka........